Friday, December 11, 2009

Jin-Notti DVD 2009



Sinopsis Jin Notti
Notti merupakan seorang gadis jin yang sangat baik, lembut dan jujur yang berusia 117 tahun. Notti di kenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara yang di panggil “All Alone” oleh Majlis Penghakiman Jin yang di ketuai oleh Jin Samsu. Sebagai hukuman, Notti di hantar turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang melakukan perkara-perkara yang nakal. Notti memasuki tiga tubuh manusia yang mempunyai sifat yang berbeza.

1) Ruby – Seorang gadis remaja Punk yang berasal dari keluarga yang berpecah belah, nakal dan liar.
2) Y’vonne – Seorang perempuan berbangsa Tiong Hua dan teman wanita kepada sebuah kongsi gelap yang membuat aktiviti menjual VCD cetak rompak, memeras ugut dan meminta wang perlindungan.
3) Sharifah – Seorang peguam sofistikated yang sering membela penjenayah.

Notti ditemani oleh peguamnya JINBARA sepanjang dia menjalani hukuman di dunia manusia sebagai penasihat untuk terus melakukan kenakalan.

Sepanjang perjalanannya, Notti mula jatuh cinta dengan Aziz dan terjumpa dengan seorang lelaki yang mungkin adalah ayahnya. Berjayakah Notti dengan cintanya? Mampukah dia berjumpa ayahnya yang telah lama menghilang?

Semuanya berakhir dalam satu perbicaraan agung di dunia manusia dan di dunia jin.

Sunday, December 6, 2009

Law Abiding Citizen DVD







Cerita berkisar mengenai seorang lelaki CLYDE SHELTON (Gerard Butler) seorang lelaki yang anak dan isterinya telah dibunuh kejam semasa home invasion oleh penjahat2 philadelphia...Setelah the real culprit and his accomplice being caught by the police, seorang pendakwaraya NICK RICE (Jamie Foxx) diarah mengendalikan kes tu. NICK in this movie is forced by his boss to offer a lighter sentence to one of the culprit in exchange of of testfying against his accomplice..Marah dengan sistem perundangan yang pada CLYDE tidak adil sehingga menyebabkan one of the suspect dibebaskan, ten years later CLYDE membunuh suspect tersebut dan dengan selamba mengaku melakukan pembunuhan tersebut....mayat suspect tersebut dipotong sebanyak 24 pieces!!!

CLYDE ditangkap dan dipenjarakan. Sementara menunggu pertuduhan berbagai2 tragedi berlaku...CLYDE bertindak menuntut bela terhadap semua yang terlibat dan membunuh satu persatu org2 yang terlibat dan bekerja dgn NICK...Yang sadisnya, kita tak dapat mengagak bagaimana mereka itu akan dibunuh kerana CLYDE berada di penjara!!...Pada suatu ketika kita akan terus mengagak2 apa akan berlaku seterusnya...tapi apa yg terjadi is really2 unexpected....memang best citer ni and highly recommended untuk you guys pegi tgk...pada akhir cerita saya masih terpinga2 dengan ending nya dan tak tahu harus berasa apa...sedih pun tidak...suka pun tidak...kalau nak tau endingnya...kenalah pegi tgkk

Thursday, December 3, 2009

MOMOK THE MOVIE DVD



SINOPSIS MOMOK THE MOVIE

Adlin yang bekerja di Kuala Terengganu, pulang ke kampungnya untuk bercuti. Seperti biasa, setiap kali pulang ke kampung, Adlin akan bertandang ke Warung Pak Ajis untuk menikmati Mee Calong dan bersembang kosong. Kepulangannya kali ini untuk bertemu ibunya Mak Ton, adiknya Isham dan Esah setelah berada enam bulan di Kuala Terengganu telah membawa satu pengalaman yang tidak akan dilupakan sepanjang hayatnya.

Bersama, Kadir, teman sekampungnya, Adlin telah ke warung Pak Ajis. Malam tersebut, selesai solat berjemaah di surau, Adlin dan Kadir ke warung Pak Ajis. Pelbagai insiden dan petanda yang seolah-olah menunjukkan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Setelah sampai di warung Pak Ajis yang terletak di tepi tebing sungai di hujung kampung, seperti biasa mereka mula bersembang sehinggalah kepada cerita mengenai kisah-kisah seram. Pak Ajis, Adlin dan Kadir juga mendapat teman bercerita, Noniswara, gadis India pekerja kilang yang di ganggu peristiwa seram menaiki bas tanpa pemandu ketika pulang dari kerja pada malam tersebut.

Cerita kisah Pontianak, Pochong, Orang Bunian, Badi Mayat (“Chandra Murke” – Legenda hantu masyarakat Hindu), Mayat Hidup Di Langkah Kucing Hitam dan Sampuk menjadi penglipurlara mereka berempat malam itu.

Peristiwa seram serta perasaan gemuruh yang mereka alami akibat dari cerita-cerita seram bukan lagi sekadar cerita dan ilusi tetapi bercampur aduk dengan realiti. Bagi Adlin, peristiwa ternampak sekumpulan orang mengusung keranda, bayangan arwah ayahnya haji Lah dan kata-kata ibunya, Mak Ton, bahawa Pak Ajis mengalami sakit jiwa setelah kematian isterinya Mak Temah mula menampakkan kaitannya.

Selalunya mereka yang lemah semangat mudah di ganggu oleh `hantu’. Tanpa Adlin sedari, `hantu’ yang beliau takuti sebenarnya wujud ‘bersama’ beliau dan rakan-rakan di sepanjang malam mereka bercerita. Bagaimana mungkin Pak Ajis menjadi `hantu’ sedangkan beliau masih hidup? Kalau bukan Pak Ajis hantunya, manakah hantu yang ditakuti? Mustahil? Namun begitu, tiada yang mustahil di dunia ni. Apa yang pasti, Momok The Movie ini akan mengembalikan satu nostalgia yang menghiburkan kita dengan cerita-cerita mitos masyarakat Malaysia.

Astro Boy DVD 2009 Animation






Sinopsis Astro Boy :
Bermula di sebuah kota kecil yang terapung dari permukaan bumi,'Metro City'..'Astro Boy' kisah tentang robot dengan kuasa menakjubkan ciptaan Dr Tenma,Scientist terkenal di Metro City sebagai ganti kehilangan anaknya Toby yang telah terbunuh dalam sebuah letupan di makmal ujikaji..Toby sangat bijak tapi bila Dr Tenma created the new Toby..unfortunately dah tak sama seperti Toby yang lama..Just 'memory' yang tersimpan masih sama tapi sikap & tingkahlaku sungguh berbeza..Jadi,Dr Tenma tak mau pun mengaku Toby nie anak die..So sad,kan..Toby kecil hati lantas membawa diri ke bumi yang dipenuhi dengan Robot2 terbuang..Di bumi, Toby bertemu dengan 6 orang budak2 yang mana salah seorangnya juga terbuang daripada Metro City & disitu lah Toby dikenali sebagai Astro Boy..Beberapa lama Astro Boy di 'tempat terbuang',dia kemudian kembali semula ke Metro City untuk menyelamatkan kota tersebut daripada serangan Alien!Warrgghhhh..serangggg!Ops..(Sambung balik!)Dan Astro Boy diterima semula oleh bapa die Dr Tenma.. Dah habis sinopsis Astro Boy yang best nieh..sampai meleleh airmata la tengok..Bukan ape sebab ending citer nie tersangat lah menyentuh hati nurani jiwa raga(bakul masuk sendrik angkat! Tapi sebelum part sedih2 tu,lenguh perut lah asik ketawa,ketawa,ketawa!4 Bintang untuk budak'Astro Boy'!

The Final Destination 2009 DVD HD







Film sekuel The Final Destination hadir untuk membuat spot jantung anda. Film produksi New Line Cinema ini didukung sutradara David R. Ellis dan Penulis Eric Bess serta pemain pendatang baru Shantel Vansanten, Bobby Campo, Hayley Webb, Nick Zano dan Krista Allen.

Suatu hari di sebuah tempat balapan, Nick O’Bannon menghadiri acara perlombaan balapan bersama teman – temannya. Akan tetapi, dihari yang bahagia itu berubah menjadi hari yang mengerikan. Akhirnya kecelakaan yang membuat teman – temannya mati, membuat nick bersama pacarnya Lori dan teman yang selamat, Janet dan Hunt untuk meninggalkan tempat itu untuk menghindari firasat kedua Nick menjadi kenyataan.

Ternyata, setelah mereka terbebas dari maut yang menjemput, itu bukanlah sebuah akhir melainkan baru permulaan bagi mereka. Firasat Nick yang selalu muncul menghantui membuat one by one meninggal hingga akhirnya Nick harus menyelamatkan diri agar terhindar sebagai korban.

2012 DVD -Great Movie- (Must Watch)



Pelakon : John Cusack,Chiwetel Ejiofor, Danny Glover, Amanda Peet, Thandie Newton, Oliver Platt
Pengarah : Roland Emmerich
Terbitan : Columbia Pictures
Tarikh mula tayangan di Malaysia : 12 nov 09

Ringkasan Filem 2012 :

Filem 2012 berkisarkan tentang kemusnahan dunia pada 21 disember 2012 akibat pelbagai bencana alam seperti gempabumi dan tsunami yang berlaku serentak. Dunia dikatakan telah kiamat seperti ramalan dalam kalendar kuno kaum Mayan. Filem arahan Roland Emmerich ini mengisahkan Jackson Curtis (lakonan John Cusack) seorang penulis berusaha untuk menyelamatkan keluarganya dan orang sekelilingnya daripada malapetaka. Adrian Helmsley (Chiwetel Ejiofor) seorang saintis turut sama berusaha untuk menyelamatkan dunia. Untuk itu kerajaan telah membina kapal untuk menyelamatkan manusia namun usaha ini masih membayangkan jiwa tamak yang ada dalam diri sesetengah manusia apabila wang masih menjadi syarat untuk diselamatkan.

Sinopsis Penuh Filem 2012 :

2012 mengisahkan kejadian penghujung dunia seperti yang diramalkan dalam kalendar kaum Mayan. Kisahnya bermula apabila pada tahun 2009 seorang ahli geologi telah ditunjukkan oleh rakannya di India tentang perkembangan kajian lapisan bawah bumi yang menjadi sangat panas sehinggakan bahan galian menjadi cair.

Beliau kemudian memaklumkan kepada Presiden Amerika tentang itu dan ramalan bencana besar kesan daripada kepanasan melampau dalam bumi pada tahun 2012. Atas perbincangan secara rahsia dengan beberapa pemimpin dunia, mereka memulakan satu projek membina sebuah kapal gergasi yang berpusat di bumbung Dunia Tibet China.Hanya beberapa kerat orang-orang kaya dan yang terpilih di dunia sahaja dimaklumkan tentang itu, selain daripada beberapa khazanah berharga dan binatang2 tersenarai untuk menaiki kapal itu kelak.

Seorang penulis terkenal bercuti bersama 2 orang anaknya di Taman Negara YellowStone. Di situ dia berjumpa dengan seorang yang kurang siuman. Lelaki itu kemudian bercerita kepadanya mengenai ramalan Hari Kiamat kaum Mayan yang yang akan berlaku pada 21/12/2012. Namun dia tidak mempercayainya walaupun lelaki itu menyentuh tentang pembinaan kapal gergasi secara rahsia.

Tetapi pada tarikh tersebut, apabila dia diberitahu oleh seorang anak hartawan yang mereka sekeluarga akan menaiki sebuah kapal sementara dia yang tinggal di situ akan mati, membawa kembali ingatannya kepada kata-kata orang kurang siuman di Yellowstone itu. Dengan pantas dia memandu menuju ke rumah bekas isterinya bagi menyelamatkan keluarganya itu.

Pelbagai usaha dijalankan untuk membawa keluarganya ke tempat kapal itu dibina iaitu di Tibet China berbekalkan peta yang diberitahu oleh orang kurang siuman itu, walaupun diancam oleh bencana alam seperti gempa bumi yang sangat dahsyat dan percikan2 api kesan daripada ketidakstabilan dari dalam bumi. Namun mereka bernasib baik apabila akhirnya tiba di situ. Malangnya mereka kemudian dihalang daripada memasukinya kerana bukan terdiri daripada orang-orang yang terpilih itu.

Sementara ahli geologi itu terperanjat apabila mengetahui hanya orang-orang tertentu sahaja yang dibenarkan memasuki kapal itu. Atas prinsip kemanusiaan dia berani menyuarakan sikap tidak bertamadun apabila hanya melihat sahaja ramai lagi orang-orang yang berada di sekeliling kapal itu mati kerana tidak dibenarkan memasukinya. Mendapat sokongan daripada yang lain, pelepasan terpaksa ditangguhkan bagi membenarkan orang-orang yang dilarang tadi menaiki kapal itu. Tindakan yang terlewat itu menyebabkan kapal tenggelam oleh tsunami besar dan air panas. Namun akhirnya masalah itu dapat diatasi.

Selepas kejadian 'Hari Kiamat' itu, tarikh Masihi telah dikira semula. Dan selepas beberapa hidup dalam kapal itu akhirnya mereka yang terselamat itu dapat melihat muka bumi sama sekali berubah, dipenuhi laut dan wujud satu sahaja benua besar.