Friday, November 6, 2009

Terminator Salvation 2009. 720p BluRay















Kegelapan dan kecemasan yang jarang ada semenjak filem ‘Aliens’, ‘Terminator: Salvation’ ataupun ‘T4’ memperbesarkan unsur-unsur asing yang lebih pintar dan lebih ‘superior’ daripada kita, diolah di sini sehingga benar-benar seperti boleh mengancam dan meluputkan manusia. Bunyi robot terminator besar jenama “Hunter-Killer” berjalan-jalan mencari mangsa rasa seperti bunyi akhir zaman dialami dalam stereo – nak pecah dada gua cakap lu!



Bawaan watak penyelamat manusia John Connor oleh Christian Bale juga meletup-letup di layar perak, serius dan dramatis diseimbangkan dengan aksi fizikal yang bukan calang-calang. Settingnya di tahun 2018, apabila John yang sudah besar panjang tampil ke depan di era nazak peperangan manusia-mesin sebagai penghulu gerakan Resistance yang mementingkan kesinambungan kaum manusia. Protagonis kedua yang akhirnya memainkan peranan terpenting kali ini ialah Marcus Wright (Sam Worthington), manusia separuh siborg dari masa silam.

Dengan hanya berpandukan berpuluh-puluh mesej kaset ditinggalkan oleh ibunya yang hilang, Sarah Connor, dan juga rakan karib/pegawai kanannya Barnes (Common), John tiada pilihan tetapi untuk meneruskan tanggungjawab beratnya sebagai ketua umat-umat manusia yang tinggal di Bumi dalam memerangi komplot dan dominasi Skynet, institusi teknologi durjana yang merekacipta mesin-mesin kemusnahan ini. Premis ini yang mungkin membuatkan ‘T4’ seperti sebuah peristiwa benar yang boleh terjadi tidak lama lagi.
Walaupun peluangnya tipis, dihadapkan dengan kemusnahan, ketidakstabilan sains dan teknologi, ekonomi dan politik serta asakan tanpa belas kasihan robot-robot T-1000, T-800 dan T-600 (yang direka berdasarkan rupabentuk fizikal Arnold Schwarzenegger, ‘Terminator’ terunggul), John tetap kental dengan misinya mencari Kyle Reese (Anton Yelchin), seorang remaja ‘survivor’ yang dipercayai habis-habisan oleh John sebagai kekunci penyelamat umat tetapi berada di luar kawasan manusia bersama seorang budak jagaannya yang bisu, Star (Jadagrace).

Untuk cuci mata kali ini, kita ada Moon Bloodgood sebagai pegawai Resistance dan pilot cun bernama Blair, dan juga Bryce Dallas Howard selaku isteri John yang mengandungkan zuriatnya (jika ada sekuel, pasti menariklah jawabnya). Namun kehadiran Bloodgood di skrin berat dan menyerlah, manakala Howard (‘Lady In The Water’ serta Gwen Stacy dari ‘Spider-Man 3’) juga memainkan peranan. Si montel Jadagrace juga pasti menyentuh hati dengan peranannya sebagai Star.

Muzik oleh komposer filem moden terulung, Danny Elfman, tidak mengecewakan, malah mengagumkan dalam kapasitinya membesarkan cerita dan visual-visual luarbiasa yang bakal menunggu kita untuk ‘T4’. ‘Salvation’ boleh dikatakan antara filem terbaik arahan McG, yang mencipta nama dalam arena muzik video sebelum ini. Sekuens aksi di dalam filem ini tidak perlu digembar-gemburkan, hanya perlu disaksikan sendiri keseniannya di sebalik deruman mesin industrial, api dan kegelapan.



Set in post-apocalyptic 2018, John Connor is the man fated to lead the human resistance against Skynet and its army of Terminators. But the future Connor was raised to believe in is altered in part by the appearance of Marcus Wright, a stranger whose last memory is of being on death row. Connor must decide whether Marcus has been sent from the future, or rescued from the past. As Skynet prepares its final onslaught, Connor and Marcus both embark on an odyssey that takes them into the heart of Skynet’s operations, where they uncover the terrible secret behind the possible annihilation of mankind.

SKRIP 7707



Filem ini mengisahkan tentang seorang penerbit yang mempunyai himpunan skrip. Beliau di dalam proses menghasilkan sebuah filem seram tetapi menghadapi masalah untuk mendapatkan satu skrip filem.

Beliau telah mengarahkan pembantunya mengiklankan dalam suratkhabar harian mengenai perjumpaan kepada mereka yang boleh berkongsi cerita – cerita seram berdasarkan pengalaman atau cerita – cerita yang pernah didengari oleh mereka.Cerita yang terpilih akan mendapat imbuhan. Perjumpaan tersebut diadakan di sebuah tempat yang strategik.

Pada malam yang ditetapkan, penerbit tersebut telah pergi ke lokasi yang telah ditetapkan. Kedatangan beliau telah dinantikan oleh seramai 9 orang peserta yang telah bersedia untuk berkongsi cerita seram dengan beliau. Perjumpaan pada malam tersebut telah dirakamkan dalam bentuk video sebagai bahan rujukan beliau.

Cerita dimulakan dengan cerita pengalaman penerbit itu sendiri iaitu dengan menceritakan kisahnya yang berlaku semasa beliau mula – mula menjejakkan kaki ke menara gading.

Cerita diteruskan dengan pencerita kedua sehingga yang terakhir.

Setelah selesai, beliau merasa puas hati dengan koleksi cerita yang telah diperolehinya. Setelah mengucapkan terima kasih kepada semua, beliau pun pulang.

Pada keesokkan harinya, sewaktu penerbit itu sedang menyiapkan skrip tersebut, pembantu peribadinya memaklumkan kepada beliau mengenai sambutan iklan yang telah disiarkan dalam suratkhabar dan ramai yang berminat untuk berkongsi kisah mereka. Pembantunya juga mengingatkan bahawa pada malam hari ini perjumpaan tersebut akan diadakan.

Penerbit tersebut terkejut dan mulai berasa hairan kerana perjumpaan tersebut telah pun diadakan pada malam sebelumnya. Kerana tidak berpuas hati dengan mesej yang disampaikan oleh pembantu peribadinya, beliau telah memainkan semula rakaman yang telah dirakam pada malam tersebut. Tetapi beliau sangat terkejut apabila mendapati hanya audio sahaja yang kedengaran tanpa ada visual di dalam rakaman tersebut.

Yang menjadi persoalannya, siapakah orang yang ditemui pada malam tersebut. Beliau sendiri tidak pasti. Yang pastinya, beliau telah memporelehi bahan cerita yang diingininya selama ini.

10 Things I Hate About You (1999) HD DVD

RACE TO WITCH MOUNTAIN



Sinopsis: Selama bertahun-tahun, cerita telah beredar tentang sebuah tempat rahasia di tengah gurun Nevada, dikenal karena fenomena yang tak dapat dijelaskan dan aneh sightings. It's called Witch Mountain, and when a Las Vegas cab driver (Dwayne Johnson) finds two teens with supernatural powers in his cab, he suddenly finds himself in the middle of an adventure he can't explain. It's called Witch Mountain, dan ketika seorang supir taksi Las Vegas (Dwayne Johnson) menemukan dua remaja dengan kekuatan gaib dalam taksi, tiba-tiba dia menemukan dirinya di tengah-tengah petualangan dia tidak bisa menjelaskan. They work together to discover that the only chance to save the world lies in unraveling the secrets of Witch Mountain, and the race begins. Mereka bekerja sama untuk menemukan bahwa satu-satunya kesempatan untuk menyelamatkan dunia terletak pada penguraian rahasia Witch Mountain, dan perlombaan dimulai.

Nurkasih



Episod 01:
Mengisahkan kehidupan Ustaz Hassan Albasheer dan Hajjah Khadijah mempunyai dua orang anak lelaki yang berbeza perwatakan dan pemikiran. Aidil merupakan abang kepada Adam seorang yang lemah lembut,bersopan dan peganggan agama yang tinggi. Adam pula seorang yang kasar, hidupnya juga dipengaruhi budaya barat. Aidil dan Adam diminta pulang oleh ibunya kerana ayah mereka sedang tenat. Aidil dan Adam tiba di kampong. Secara tidak sengaja, mereka


Episod 02:
Aidil telah jatuh hati sejak kali pertama melihat kecantikan wajah Nur Amina. Adam mula bosan tinggal di kampungnya dan bercadang untuk pulang semula ke Australia.


Episod 03:
Ustaz Hassan telah meminang Nur Amina untuk Adam sedangkan Nur Amina adalah pilihan hati Aidil. Nur Amina turut kecewa dengan pinangan ini kerana dia mempunyai cita citanya sendiri dan dia telah mendapat surat biasiswa untuk meneruskan pengajiannya. Adam yang terkejut dengan hal itu membantah keputusan ayahnya kerana dia telah mempunyai pilihan hatinya sendiri. Hajjah Khadijah memujuk Adam untuk berkahwin dengan Nur Amina dan akhirnya Adam akur.

Episod 04
Keadaan Ustaz Hassan bertambah teruk. Perkahwinan Adam dan Nur Amina diadakan dengan segera. Dalam diam, Aidil menyimpan perasaan kecewa kerana wanita idamannya kini menjadi adik iparnya. Adam menyalahkan Nur Amina kerana Nur Amina tidak menolak pinangan dari keluarganya dahulu.

Episod 05:
Aidil masih tidak mahu memulakan tugasnya di Biro Bantuan Guaman kerana risau dengan keadaan ayahnya. Nur Amina mengejutkan Adam dari tidurnya dan memberitahu tentang pemergian Ustaz Hassan.

Episod 06:
Adam meninggalkan Nur Amina di stesen keretapi dan berlepas ke Australia sendirian. Nur Amina yang sendirian terpinga–pinga ditinggalkan disitu. Nur Amina mencari rumah sewa Nabila dan menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya.
Adam kembali kepada Katrina & melamarnya untuk menjadi isterinya tanpa memikirkan Nur Amina yang ditinggalkannya di Malaysia.
Nur Amina akhirnya dapat meneruskan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa seperti yang diimpikan selama ini.

Episod 07:
Adam telah berkahwin dengan Katrina. Nur Amina kini meneruskan kehidupan sebagai mahasiswi di Universiti Islam Antarabangsa.


Episod 08:
Aidil telah pun menjadi seorang peguam. Aidil di minta memberi ceramah di Universiti Islam Antarabangsa dan dia bertemu dengan Nur Amina selepas beberapa tahun.
Nur Amina terharu dengan tindakan Aidil yang sanggup menipu untuk menjaga nama baiknya dan keluarga.
Adil sebenarnya mempunyai perasaan terhadap Nur Amina tapi dia berusaha melawan perasaan itu.


Episod 09:
Nur Amina sering berhubung dengan Aidil melalui email. Nur Amina meminta Aidil datang dihari konvokesyennya.
Kehidupan Adam di Australia telah jauh dari landasan agama. Tetapi, Adam terasa jiwanya kosong sedangkan dia mempunyai segala kemewahan. Apabila Katrina disahkan mengandung, Adam merasakan jiwanya akan tenang semula.
Ketika pulang dari berparti, Adam dan Katrina ditimpa kemalangan dan bayi dalam kandungan Katrina tidak dapat diselamatkan. Adam dipenjara kerana memandu dibawah pengaruh alkohol.


Episod 10
Ketika menjalani hukuman penjara, Adam mula sedar dan insaf dengan kesilapannya. Selepas dibebaskan, Adam kembali ke rumahnya dan berhasrat untuk membawa Katrina kembali ke pangkal jalan. Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.
Nur Amina nekad untuk menceritakan segala – galanya kepada keluarganya. Dia pulang ke kampung setelah sekian lama tidak kembali. Ketika tiba di kampung, Aidil menelefonnya dan memberitahu tentang kepulangan Adam.
Adam dan Katrina tiba di Malaysia. Aidil melarang Adam membawa Katrina bertemu dengan ibunya. Aidil meminta Adam menyelesaikan segala masalah yang telah timbul diantara dia dan Nur Amina.


Episod 11
Adam cuba memulihkan hubungannya Nur Amina. Nur Amina tidak sampai hati menceritakan hal yang sebenar tentang status perkahwinannya kepada Hajah kerana mengetahui Hajah mempunyai penyakit.
Aidil menemui Katrina di bilik hotel. Dia terkejut melihat Katrina tidak sedarkan diri di dalam bilik hotel. Aidil memberitahu Adam tentang kejadian yang berlaku.


Episod 12
Nur Amina memulakan pekerjaannya. Tanpa diketahui, Adam juga turut bekerja di pejabat yang sama dan Adam merupakan kawan baik kepada bosnya.
Keadaan Katrina semakin teruk. Aidil menyarankan Adam membawa Katrina berjumpa pakar sakit jiwa untuk membantu memulihkan Katrina. Sarah pula cuba mendekatkan dirinya dengan Aidil.


Episod 13
Nur Amina perlu meneliti projek di luar Bandar. Tanpa diketahui olehnya, Adam terpaksa mengantikan tempat bosnya disaat saat akhir. Nur Amina terkejut melihat kehadiran Adam di resort.
Adam cuba membaiki hubungannya dengan Nur Amina. Pada masa yang sama, Dato Hamzah yang merupakan client mereka mempunyai hati pada Nur Amina. Adam cemburu melihat keakraban mereka.
Sarah mencari Aidil sehingga ke Kuala Lumpur kerana mengetahui bahawa Aidil berada di rumah Adam.

Episod 14
Sarah pura – pura sakit dan memanggil Aidil datang ke rumah Nabila. Sarah memasang perangkap tatapi tidak menjadi apabila Nabila pulang sebelum Aidil tiba di rumah Nabila.
Hubungan Nur Amina dan Adam kembali pulih sedikit demi sedikit. Nur Amina sudah mulai menerima kehadiran Adam dalam hidupnya.
Sarah cuba menghasut Aidil dengan menceritakan tentang perasaan Aidil kepada Nur Amina suatu ketika dahulu. Nur Amina terkejut apabila mengetahui bahawa Adam sudah berkahwin lain ketika di Australia.


Episod 15

Tengoklah sendiri

Episod 16
Adam dan Nur Amina bertemu dan Adam bertanya kepada Nur Amina tentang keputusan Nur Amina. Nur Amina masih tidak dapat memberi kata putus kepada Adam tetapi menunaikan permintaan Adam untuk bersama - sama ke Masjidil Haram.
Hajjah berdoa di Jabal Rahmah supaya Aidil bertemu dengan jodoh yang terbaik untuk dirinya.
Ketika Aidil ke kedai buku di Mekah, Aidil bertemu dengan seorang wanita yang bernama Aliya (Ayu Raudhah). Aidil telah jatuh hati pada Aliya.

Episod 17
6 bulan kemudian, Adam kini telah membuka firma arkiteknya sendiri yang membuat pengkhususan dalam senibina Islam. Aidil terkejut bertemu Aliya yang sudah pulang ke Malaysia. Laptop Adam rosak dan dia tidak dapat menghantar email kepada Nur seperti biasa. Nur ternanti-nanti email dari Adam. Keluarga Aliya menjemput Hajah ke rumah untuk makan tengahari. Datuk menyatakan hasrat keluarganya untuk menyatukan Aidil dan Aliya.


Episod 18
Pada mulanya, Aidil ragu - ragu kerana takut Aliya tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di kampung. Tetapi setelah diyakinkan,barulah Aidil yakin dengan Aliya. Nur Amina mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Ketika tiba di Malaysia, Nur Amina mendapat berita Adam telah jatuh lemas ketika menjalankan tugasnya. Nur Amina nekad dan berjanji tidak akan meninggalkan Adam lagi. Nur Amina dan Adam membantu Aidil membuat persiapan perkahwinan.


*Episode 19
Sarah melarikan diri. Katrina muncul semasa semua orang sibuk membuat persiapan perkahwinan Aidil dan Aliya.


Episode 20
Adam terkejut dengan kehadiran Katrina yang berhijab.


Episode 21
Sarah mula berbaik-baik dengan Aliya. Dia punya niat yang tidak baik. Sementara itu Adam cuba berlaku adil kepada kedua isterinya. Aliya pula cuba menyesuaikan diri dengan suasana kampung. Hasutan Sarah telah membuatkan dirinya semakin hari semakin berasa benci kepada Nur. Aliya terdengar perbualan Hajah dan Aidil. Baru dia tahu bahawa Aidil dulunya sukakan Nur.


*Episod 22
Adam cuba berlaku adil kepada kedua isterinya. Katrina sedar akan kelemahan Adam dan cuba sedaya upaya menerimanya. Dia tidak mahu Adam meninggalkannya walau apa pun yang terjadi. Katrina jatuh pengsan ketika di dapur. Hajah dan Nur merasakan yang Katrina mengandung. Katrina dibawa ke hospital.

Wednesday, October 28, 2009

Sheikh Sa'ad Al-Ghomidi - Al-Quran 30 Juzuk DVD



Sinopsis:
Hiburan tanpa had yang ditetapkan syariat boleh menggelapkan hati melalaikan minda. Hidup tidak selalunya akan sentiasa tenang jika hati tidak mengingati tuhan. "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah hanya dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia" Ar-Rad, ayat 28. Tapi ada gak orang yang layan lagu metal, hard-metal, rock metal, menjerit2 smua tu hati menjadi tenang. Ohh. no komen...

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.

Sunday, October 25, 2009

The Tournament (2009) -'Recommended Movie'



Every seven years a tournament takes place in an unsuspecting town where 30 of the world's deadliest killers battle to see who is best and for the ten million dollar cash prize. Returning champion Joshau Harlow (Ving Rhames) is back because he has been informed that one of this year's contestants is responsible for the death of his wife. Each contestant has a tracking marker surgically implanted inside them so that they (and the viewers) can track their opponents. A parkour style assassin (Sebastien Foucan from Casino Royale) cuts out his tracker and ditches it in a cup of coffee which is then drunk and swallowed by alcoholic Father Joseph Macavoy (Robert Carlyle). Chinese assassin Lai Lai Zen (Kelly Hu) realizes quickly that Joseph Macavoy is not a player and decides to keep him alive