Sunday, October 25, 2009

Koleksi DVD Movie Melayu (Setem, Syurga Cinta, Bohsia)

SETEM DVD



SINOPSIS SETEM

Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya. Beliau melantik seorang pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India kerana terdapat kesilapan. Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang kemudiannya dikutip oleh cucunya.

Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan. Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka. Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit. Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem tersebut. Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang menjaga mereka di rumah anak yatim tersebut.

Namun, bukan hanya Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium.

Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Malangnya bukan semudah itu untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau.

Setem tidak sampai ke tangan Sid & Joe, Piranha Lim mahupun Vellu. Ianya singgah di tangan Aryanto, seorang pendatang tanpa izin yang tidak mengetahui apa-apa. Aryanto membawanya ke rumah kongsi Marcello. Malangnya sekali lagi setem tersebut singgah ke tangan orang lain pula iaitu Iskander, pemuda buta yang juga tidak mengetahui apa-apa tentang setem tersebut. Yasmin, kakak Iskander yang ternampak setem tersebut, lalu menampalnya pada surat permohonan untuk membiayai pembedahan mata Iskander.

Siapakah yang memilikinya? Apa pula berlaku kepada mereka semua?



SYURGA CINTA DVD



SINOPSIS FILEM SYURGA CINTA

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.

Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.

Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.

Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya. Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.

Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi kembali hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang berlaku? Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA.



Bohsia DVD 2009


Sinopsis Bohsia

Bohsia mengisahkan dua remaja Amy dan Tasya yang menjadi mangsa kerakusan kekejaman manusia berhati binatang. Tanpa pendidikan dan latar belakang keluarga yang sempurna, Amy dan Tasya memilih untuk terjebak dalam dunia rempit oleh pengaruh teman lelaki. Muz teman lelaki Tasya seorang suka cakap besar dan Acai teman lelaki Amy seorang yang pantang dicabar.

Bapa Amy seorang kaki judi sering mengangu kehidupan Amy. Azam seorang bapa ayam cuba memujuk Amy kembali padanya dan insaf atas kesilapannya yang dulu. Amy yang mengetahui pekerjaan Azam cuba menjauhkan dirinya pada Azam. Muz terpikat pada Aisyah tetapi tidak mengetahui Aisyah ialah adik kepada Azam. Tasya yang berang dengan kecurangan Muz,relakan dirinya ditiduri Acai dan gengnya.

Tasya merasakan hidupnya tidak bermakna, membunuh diri. Muz mendedahkan cuba memberitahu identiti abangnya dan dirinya sebagai mat rempit. Azam kecewa tidak dapat memujuk Amy bertindak merogol Amy. Amy melarikan diri dari Azam dan cuba berlindung dengan bapanya Salleh. Salleh yang mabuk cuba mengambil kesempatan pada Amy. Apakah yang akan berlaku… Saksikan BOHSIA.


Jangan Pandang Belakang Congkak DVD 2009



SINOPSIS FILEM JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK

Di sebuah kampung tinggal seorang tua bernama Pak Sudir, seorang yang sangat kaya dan dikatakan memelihara saka. Melihat pada raut wajahnya, tiada siapa menyangka usianya telah mencecah hampir 125 tahun. Pak Sudir tinggal dengan seorang pembantu iaitu Mustika.

Di saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh telah berlaku menggemparkan penduduk kampung. Dikatakan Pak Sudir telah lama meninggal dan yang terlantar sakit itu adalah sakanya. Seorang bomoh terkenal, Pak Mor dipanggil dan setelah berlaku pertarungan dahsyat, saka telah berjaya dikeluarkan dan Pak Sudir akhirnya meninggal dunia.

Di Kuala Lumpur, 3 orang pemuda telah mendapat sepucuk surat setiap seorang daripada Pak Sudir menjemput mereka datang ke rumahnya. Punai, seorang penyeluk saku, Asmat bekerja di tempat letak kereta dan Johan pula seorang jurujual. Pada hari yang ditetapkan, ketiga-tiga mereka tiba di rumah Pak Sudir.

Di sana barulah mereka tahu yang Pak Sudir adalah datuk mereka dan mereka bertiga adalah sepupu. Mustika memberitahu lagi bahawa mereka bertiga bakal mewarisi harta pusaka peninggalan Pak Sudir sekiranya mereka berjaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka hendaklah bermalam di rumah tersebut selama 3 malam berturut-turut dan tidak boleh menyentuh apa-apa barang di rumah tersebut terutamanya sebuah congkak usang. Oleh kerana syarat itu dianggap terlalu mudah bagi mereka dan ini adalah peluang untuk hidup senang, mereka pun bersetuju dengan syarat-syarat tersebut. Apa yang mereka tidak tahu adalah, sebenarnya mereka akan mewarisi ilmu saka Pak Sudir jika Berjaya mengharungi tiga malam tersebut.

Pada malam pertama, mereka telah terjumpa congkak usang yang dimaksudkan oleh Mustika. Mereka membelek-belek congkak tersebut dan apabila dibalikkan di belakang congkak itu, terdapat tulisan Sanskrit yang terukir. Ketika itu juga tulisan tersebut seperti mengeluarkan cahaya dan terkena pada muka mereka bertiga lalu mereka pengsan. Mustika dari awal hanya memerhatikan pergerakan mereka bertiga itu.

Kampung yang telah aman semenjak kematian Pak Sudir tiba-tiba gempar. Orang minyak telah muncul dan mendapat mangsa pertama. Satu makhluk yang menyerupai hantu raya juga telah muncul dan telah memakan ayam satu reban dan satu makhluk yang menyerupai toyol telah muncul dan mencuri duit kepunyaan orang kampung. Ketiga-ketiga kejadian itu berlaku serentak pada malam yang sama.

Pada pagi esoknya Punai bangun dari tidur dan hairan bagaimana satu bra boleh tergantung di lehernya. Johan pula bangun dengan bulu-bulu ayam dan darah ayam penuh di mulutnya. Asmat pula bangun dan di poketnya penuh dengan duit. Mereka sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku pada diri mereka. Pagi itu satu kampung heboh dengan tiga kejadian yang berlaku serentak pada satu malam itu. Berbagai-bagai andaian telah dibuat oleh orang-orang kampung tentang kejadian-kejadian itu. Ada yang mengatakan makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir telah kembali mengganas.

Pak Mor dipanggil semula. Pak Mor kemudiannya menyatakan yang makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir dahulu telah berkeliaran untuk mencari orang yang sanggup menjaga mereka. Pak Mor menyatakan jika makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir itu berjaya mendapat mangsanya 3 malam berturut-turut maka mereka telah berjaya mendapat orang yang boleh menjaga mereka dan kampung itu tidak akan aman selama-lamanya.

Apakah nasib Punai, Asmat dan Johan? Siapakah sebenarnya Mustika?



Histeria DVD 2009




SINOPSIS FILEM HISTERIA
‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah kolej swasta. Tujuh orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Flamingo’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka bertujuh dikenakan denda, membersihkan kawasan kolej selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Flamingo, beliau perlu diuji, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu. Tujuh pelajar lain cuba menakut-nakutkan Zeta.

Namun kejadian menakutkan benar-benar berlaku apabila pelbagai perkara misteri dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Jenny mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Jenny telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok pelik. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Jenny kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut dan serbuk darah. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan kolej tersebut. Ada yang mati ditusuk gunting, ada pula digantung di tiang bendera, dicekik leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni.

Malangnya bukti menunjukkan Murni adalah pembunuh kepada mereka yang lain, bermotifkan dendam kerana sering dibuli. Dan Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental.

Apakah benar Murni yang membunuh? Atau… siapakah dalang di sebalik pembunuhan kejam ini?

No comments:

Post a Comment