Sunday, October 25, 2009

Siri Upin & Ipin 2007 Menyambut Ramadan & Hari Raya



Sinopsis:

DITERBITKAN OLEH LES'COPAQUE PRODUCTION SDN.BHD

Upin & Ipin merupakan sebuah siri animasi mengenai 2 adik beradik kembar berumur 5 tahun, Upin dan Upin, menceritakan tentang pengalaman pertama mereka berpuasa di bulan Ramadhan. Cerita ini diberitahu melalui perspektif mereka dengan cara yang mudah difahami, dan lucu. Nenek mereka, Opah, dan Kakak Ros sedia untuk memberi mereka panduan dan nasihat di dalam cerita ini. Nilai-nilai murni dalam cerita ini senang difahami oleh kanak kanak dan dapat mempengaruhi mereka dengan positif. Walaupun siri ini dikeluarkan pada bulan puasa, ia juga sesuai untuk disiarkan sepanjang tahun, kerana mempunyai nilai-nilai dan ajaran yang positif untuk kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment